Thursday, January 19, 2017

Mengambil inspirasi dari article "10 classroom procedure to keep your sanity"

Tips yang aku akan ambil:

1. Katakan "Tidak" sekiranya pelajar meminta kebenaran ke tandas.

    Kerana pergi ke tandas adalah pada waktu rehat! tapi sekiranya dia minta buat kali kedua bermakna mereka memang benar-benar terdesak.

2. Guna Frasa Pendek seperti "Bersedia untuk ujian"

arahan ini akan bermaksud kosongkan meja, sediakan alat tulis. jadikannya rutin. begitu juga dengan arahan rutin lain yang boleh menggunakan frasa pendek. Menjimatkan masa dan lebih efektif!

3. Lakukan Ujian semasa di akhir kelas.

kalau buat di awal kelas, mungkin akan mengambil masa lebih lama.

4. Arah pelajar agihkan kertas ke belakang bukan ke depan.

kerana pelajar yang menerima akan lebih bersedia.

5. sediakan kotak untuk diletakkan kerja rumah, atau kepda yang lewat/tidak hadir.

6. Minta pelajar yang mengagihkan kertas/buku untuk kita

7. Lantik Setiausaha kehadiran.

Image result for to keep teacher sane

No comments:

Post a Comment